Thursday, August 30, 2012

Raya Trial

Dear people,

SELAMAT HARI RAY. MAAF ZAHIR DAN BATIN. weeeee ;)

Tetiba plak datang mood nak menaip since esok takde paper. Oh yeah! Sekarang bayi-bayi yang lahir pada tahun 1995 sedang berada di latihan percubaan "medan perang" untuk mencapai kejayaan yang diimpikan. Dalam erti kata yang lebih senang TRIAL SPM.

Alhamdulillah. Kedua-dua subjek Bahasa Melayu dan English telah mampu saya jawab. Terima kasih kepada semua yang mampu dan syukur pada yang MAHA SATU.

Terasa nak share gambar raya pulak. Tengoklahhhhh :)




Dan juga beberapa gambar sekitar Teater Muzikal Puteri Gunung Ledang oleh para pelakon yang always the BOMB!








CINTA BUKAN MEMAKSA TETAPI CINTA MENERIMA SEADANYA

Sunday, July 8, 2012

Wira Cinta

Dear people,

1. Jangan mencuba jika tidak mahu membeli hati seseorang.

2. Jangan memberi harapan jika tidak inginkan seseorang.

3. Belajar untuk kehilangan.

4. Belajar untuk menerima kemungkinan.

5. Berani untuk berangan.

6. Kata hati merupakan kata yang paling jujur.

7. Senyum adalah perkara yang dapat menguatkan hati dan perasaan.

8. Bercakap dengan diri sendiri lebih baik daripada bercakap dengan orang lain.

9. Suasan dan tempat yang boleh menenangkan fikiran.

10.DIA sentiasa bersamamu. Mintalah perlindungan dariNya.

Friday, June 22, 2012

SMILE :D



BUAT KALI YANG TERAKHIR.

TERIMA KASIH ATAS TUNJUK AJARMU. SEMOGA KEJAYAAN DAPAT KAMI CAPAI DENGAN BANTUANMU.

:)

Wednesday, June 20, 2012

JANGAN PERNAH BERUBAH

Pengakuan

Dear people,

Dengan penuh rasa bersalah, aku telah membuat pengakuan dengan mengeluarkan segala rasa isi hatiku kepada sahabatku. Aku tidak tahu apa yang dia rasa tapi aku tahu hatinya hancur seketika.Maafkan aku,kawan.

Dia membuat pengakuan juga dan memberi kata-kata semangat kepadaku! Gila ini perempuan! Aku tak pernah jumpa kawan macam dia. Tapi, aku tak mungkin akan berkawan dengan SI DIA. HAHAHAH!!

Relax lar kawan! Kita masih jauh perjalanan.. Cari pengalaman dan capai impian baru fikir betul-betul.HEHEHEHE...


SAYANG KAU KAWAN :D

Tuesday, June 19, 2012

Kata hatiku

Dear people,

Aku tak pernah menyangka kehadiran dia mengubah hidupku. Aku kembali merasai kebahagiaan kehidupan selepas aku kehilangan seseorang. Dia datang tanpa ku jangka.
Sungguh aku tidak menyangka. Hati ku pada mulanya menganggap hanya biasa sahaja tetapi makin lama hati ini inginkan kepastian. Aku cuba menyangkal hasrat hati namun apakan daya, dia terus memberontak.

Aku tidak setanding mana-mana perempuan di luar sana. Terlalu banyak kelemahan yang terdapat dalam diriku. Sahabatku dapat merasakan perasaan hatiku dan aku cuba mengatakan tidak dengan senyuman di wajahku. Kerana aku mengetahui dia pun merasakan apa yang aku rasa. Aku rela mendiamkan perasaanku dari menghancurkan hati seorang sahabat. Si dia tidak mengetahui.

Si dia terlalu tinggi darjatnya. Kemurniaan hatinya boleh membuatkan semua kaum hawa di dunia ini menjadi gila. Ketulusan hatinya dengan tidak ada niat dapat memberi harapan kepada kaum hawa. Aku berharap dia mengerti.

Wahai sahabatku, aku tidak mampu melukakan hatimu kerana kau sahabatku. Bukan aku ingin menjadi seorang gadis yang baik tetapi aku menghargai tali persahabatan kita. Semoga SI DIA perasan akan kehadiranmu. Semoga kau bertemu kembali dengannya. Sesungguhnya aku mengetahui bahawa kau berdua ditakdirkan kerana ketulusan dan kemurniaan hati yang kalian miliki. Kuatkan hatimu kawan agar dia mengerti. Teruskan setia pada hatinya agar kau dapat memilikinya.

DOAKU SENTIASA UNTUK KALIAN.

Saturday, June 16, 2012

Cikgu Fahmi

Dear People,

lama dah berzaman tak update. heheheh...

Cerita Hari Ini.

Aku baru balik dari celebrate Farewell cikgu tuition aku yang mana aku tahu satu-satunya cikgu tuition dalam hidup aku,aku buat party untuk dia. Dia mengajar aku dan kawan-kawan aku subjek Bahasa Malaysia. Ermmm... Cakap pasal Bahasa Malaysia mesti semua orang ingat dia skema kan..

YA! Memang muka agak skema (sory cikgu..heheh :)) tapi aku tak pernah jumpa cikgu macam dia sepanjang aku belajar. Aku dan kawan-kawan tak pernah anggap dia sebagai seorang cikgu tapi kitorang anggap dia macam ABANG kitorang. Seorang abang yang sangat BEST,NAKAL dan MACHO. HAHAHAHA!! (ayat amik hati ;))

So, tadi kitorang kena kan Cikgu dengan Daun Pandan, Spray yang snow tu dengan benda meletup tuh plus Kek. Cikgu agak terkejut tapi kitorang semua mengharapkan dia menangis. Lelaki macho mana boleh menangis kan... HAHAHAHA...

For the last time, Terima Kasih kerana sudi menjadi kawan kami,abang kami,guru kami dan seangkatan dengannya. Kitorang sayang cikgu. Semoga cikgu capai impian cikgu dan kitorang sentiasa menunggu cikgu.

Cikgu yang dimaksudkan adalah CIKGU FAHMI KHAWARIZMI.

 
Copyright 2009