Tuesday, June 19, 2012

Kata hatiku

Dear people,

Aku tak pernah menyangka kehadiran dia mengubah hidupku. Aku kembali merasai kebahagiaan kehidupan selepas aku kehilangan seseorang. Dia datang tanpa ku jangka.
Sungguh aku tidak menyangka. Hati ku pada mulanya menganggap hanya biasa sahaja tetapi makin lama hati ini inginkan kepastian. Aku cuba menyangkal hasrat hati namun apakan daya, dia terus memberontak.

Aku tidak setanding mana-mana perempuan di luar sana. Terlalu banyak kelemahan yang terdapat dalam diriku. Sahabatku dapat merasakan perasaan hatiku dan aku cuba mengatakan tidak dengan senyuman di wajahku. Kerana aku mengetahui dia pun merasakan apa yang aku rasa. Aku rela mendiamkan perasaanku dari menghancurkan hati seorang sahabat. Si dia tidak mengetahui.

Si dia terlalu tinggi darjatnya. Kemurniaan hatinya boleh membuatkan semua kaum hawa di dunia ini menjadi gila. Ketulusan hatinya dengan tidak ada niat dapat memberi harapan kepada kaum hawa. Aku berharap dia mengerti.

Wahai sahabatku, aku tidak mampu melukakan hatimu kerana kau sahabatku. Bukan aku ingin menjadi seorang gadis yang baik tetapi aku menghargai tali persahabatan kita. Semoga SI DIA perasan akan kehadiranmu. Semoga kau bertemu kembali dengannya. Sesungguhnya aku mengetahui bahawa kau berdua ditakdirkan kerana ketulusan dan kemurniaan hati yang kalian miliki. Kuatkan hatimu kawan agar dia mengerti. Teruskan setia pada hatinya agar kau dapat memilikinya.

DOAKU SENTIASA UNTUK KALIAN.

No comments:

Post a Comment

 
Copyright 2009