Saturday, June 16, 2012

Cikgu Fahmi

Dear People,

lama dah berzaman tak update. heheheh...

Cerita Hari Ini.

Aku baru balik dari celebrate Farewell cikgu tuition aku yang mana aku tahu satu-satunya cikgu tuition dalam hidup aku,aku buat party untuk dia. Dia mengajar aku dan kawan-kawan aku subjek Bahasa Malaysia. Ermmm... Cakap pasal Bahasa Malaysia mesti semua orang ingat dia skema kan..

YA! Memang muka agak skema (sory cikgu..heheh :)) tapi aku tak pernah jumpa cikgu macam dia sepanjang aku belajar. Aku dan kawan-kawan tak pernah anggap dia sebagai seorang cikgu tapi kitorang anggap dia macam ABANG kitorang. Seorang abang yang sangat BEST,NAKAL dan MACHO. HAHAHAHA!! (ayat amik hati ;))

So, tadi kitorang kena kan Cikgu dengan Daun Pandan, Spray yang snow tu dengan benda meletup tuh plus Kek. Cikgu agak terkejut tapi kitorang semua mengharapkan dia menangis. Lelaki macho mana boleh menangis kan... HAHAHAHA...

For the last time, Terima Kasih kerana sudi menjadi kawan kami,abang kami,guru kami dan seangkatan dengannya. Kitorang sayang cikgu. Semoga cikgu capai impian cikgu dan kitorang sentiasa menunggu cikgu.

Cikgu yang dimaksudkan adalah CIKGU FAHMI KHAWARIZMI.

1 comment:

  1. impian kita semua untuk tgk dia nangis hancuss...takpa,bila cg. tgk video tu mesti dia nangis senyap2 heheh

    ReplyDelete

 
Copyright 2009