hello....
this morning i tgk orang korban lembu...there was 5 lembu..sedang menyaksikan pak cik yang menyembelihkan lembu itu,tiba2 i terpandang pisau yang dia pegang..i teringat kat someone...which is MY DAD...dulu masa abah ada abah,lepas semayang raya jer abah balik rumah,makan then dia tukar baju and bawak pisau rambo dia..nak sembelih lembu...
i teringat jugak last year,ada 1 lembu nie,dia ganas sgt..selalu jer lari..kesian tengok pak cik2 and abang2 polis tu kejar lembu...termasuk lar my dad...yang bukan mengejar lembu itu tapi memujuk lembu itu semasa dia dah kena tangkap..bila nak sembilah esok,lembu tu buat hal lagi..dan lembu itu telah menyondol abah dan menyebabkan abah jatuh then patah tangan...
semuanya kini tinggal kenangan...semalam kitorg balik manjung...kinda sad...bila aliff pergi rumah then tanya mana abah?kenapa abah tak bukak pintu? and macam2 lagi...dia masih kecil dan tak tahu apa yang dimaksudkan dengan perkataan "TIADA SELAMA-LAMANYA"....
i pun masih teringatkan abah...i selalu tertanya kenapa semua ini berlaku dengan pantas? tapi apakan daya...kita tak boleh menolak takdir...ketiadaan abah menyebabkan impak yang sgt ketara...semuanya rasa sunyi..sepi...tiada lagi gelak tawa...tiada lagi guraun dan usikan...semuanya hilang dengan sekelip mata...
semalam i baca satu novel nie...ketika ibu bapa heroin meninggal,seseorang telah menghantar SMS kepada si heroin dan ia berbunyi seperti dalam hadis yang selalu kite dengar "daripada DIA kita datang dan kepadaNYA jugalah kita kembali"...abah hanya dipinjamkan untuk aku selama 14 tahun...banyak kenangan dan pelajaran yang aku dapat...
abah selalu cakap "biar orang buat kita,jangan kita buat orang"...bila aku bergaduh dengan orang,aku akan membalasnya tapi kadang-kadang aku hanya berdiam diri...jika aku membalas balik kata orang itu,selepas itu aku akan sedar tentang pesanan abah...aku kini semakin sensitif...apabila orang tegur akan sikapku aku akan berdiam diri...bila permintaanku tidak ditunaikan,aku akan berdiam diri...segalanya yang aku rasai,aku akan simpan dan tidak akan meluahkan kepada orang lain..termasuk rakan karibku..
aku tak tahu kenapa aku menulisnya semua di sini???
aku hanya menulis mengikut kata hatiku...dan segalanya yang berada di atas hanyalah kata yang keluar dari hatiku dan jari ini hanyalah menaip setiap apa yang dikta oleh hatiku ini....
mak cik ku iaitu kakak arwah ayah ku telah melakar satu sajak untuk ayahku...
KAU PERGI JUA
( Hj. Azman bin Hj. Shahrin)
1956-2009
20/11/1956-20/07/2009
27 Rejab tarikh keramat,
Tanpa lambaian dan senyuman,
Bersama syahdu azan subuh,
Kau pergi buat selamanya.
Tangis dan cucuran air mata,
Bagai mutiara berkaca,
Sayup azan zohor di angkasa,
Kau hilang dari mata.
Yang tinggal hanyalah,
Kasih sayang, kerinduan senda mu,
Yang tak pernah pudar,
Kesabaran dalam meniti kepayahan,
Senyum walau kepahitan.
DimataNya kau disayangi dan dikasihi,
Sayangnya walau kau tiada,
Kau tetap ada dihati kami.
Kota Damasara,
Menjadi saksi,
Kasih sayang abadi,
Pusaramu tak akan sepi…
Al-Fatihah
Noraini shahrim
6/8/09 – 15 Syaaban
SEGALA-GALANYA BAGIKU ADALAH DIA!
Saturday, November 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment