Saturday, February 19, 2011

luahan hati perasaan jiwa

Dear people,
Assalammualaikum,

Sepanjang hidup aku selama 15 tahun 10 bulan, aku diajar untuk menjadi seorang yang penyabar dan gembira dengan apa yang aku miliki. Itulah hadiah Allah kepada aku. Aku dianugerahkan dengan sebuah keluarga yang bahagia , rakan-rakan yang sentiasa menyokong aku dan orang-orang yang aku sayangi. Selepas ujian demi ujian aku harungi, akhirnya aku sedar. Ada sesuatu yang hilang dari diriku. Ujian Abah meninggalkan aku buat selama-lamanya aku tahan sehingga hari ini. Aku seorang insan yang lemah. Kadang-kala aku lalai mengerjakan perintah Allah. Aku selalu mengatakan pada diriku yang aku akan sempurnakan perintah-Nya. Malangnya,aku gagal. Aku masih lagi berusaha untuk memperbaiki diri aku.

Seseorang telah membuka mataku untuk melihat dunia ini. Pukul 6.45 pagi tadi, aku memulakan perjalanan ke sekolah. Sepanjang perjalanan sehinggalah matahari terbit, aku ditemani dengan BULAN PURNAMA. Indah sunggih ciptaan Allah!! Setiap hari, aku akan mendongak ke langit untuk mencari BINTANG yang menyinari bumiku ini. Setiap hari aku akan bertemu dengan satu bintang.

Seseorang telah menceritakan kepada ku kisahnya apabila dia melihat bintang dan terbitlah rasa syukurnya pada Allah sehingga dia mengalirkan air matanya. Tidak aku sangka seorang lelaki yang kusangkakan selama ini lelaki tidak akan mengalirkan air matanya ternyata aku salah. Dia mengakui sendiri air matanya tumpah saat dia melihat BINTANG itu.

Dan dialah menjadi contoh kepada diriku sekarang. Seorang yang sentiasa positif dalam hidupnya. Seorang yang boleh mengeluarkan air mata orang lain hanya dengan kata-katanya.

YA ALLAH,
TERIMA KASIH KERANA
MEMPERTEMUKAN AKU DENGANNYA

TERIMA KASIH
DENGAN NIKMAT YANG ENGKAU
BERI SELAMA INI
TERIMA KASIH
KERANA KAU
MASIH MENYAYANGI
DIRIKU INI
DAN
AKU BERSYUKUR KEPADAMU
SEMOGA KAU
MENJAGA INSAN-INSAN YANG LAIN
SEPERTI KAU MENJAGA
DIRIKU INI.


AMINNNN

SETIAP YANG DITULIS ADALAH MELALUI KATA HATIKU. SEMOGA AKU MENDAPAT HIDAYAH-NYA.

No comments:

Post a Comment

 
Copyright 2009